Saturday, November 21, 2009

Usahawan kena 'ikhlas'

Usahawan perlu ikhlas berniaga - Awang Adek

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Usahawan di negara ini dinasihatkan sentiasa ikhlas ketika menjalankan perniagaan jika mahu mencapai kemajuan dalam bidang yang ceburi itu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, keikhlasan yang merupakan kunci kepada kejayaan dalam perniagaan harus meliputi sikap usahawan terhadap pelanggan dan pembekal.

"Saya percaya peniaga yang suka menipu dalam perniagaan tidak mampu mengecapi kejayaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Cabaran Usahawan Malaysia 2009 di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Majlis Usahawan Malaysia (MUM), Datuk Suhaimi Yacob.

Program selama tiga hari itu dianjurkan Brandbuilding.com.my dan disertai kira-kira 250 mahasiswa dari lima universiti tempatan.

Universiti terbabit adalah Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) serta Universiti Limkokwing (LKWU).

Awang Adek menambah, usahawan juga memerlukan jati diri, semangat dan minat mendalam terhadap perniagaan yang dijalankan.

"Tanpa semangat, jati diri dan minat, sukar untuk seseorang itu berjaya dalam bidang perniagaan," jelasnya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, berbanding suatu ketika dahulu kaum Cina mendominasi bidang perniagaan di negara ini namun kini semua kaum telah terlibat dan berkecimpung dalam bidang itu.

"Selain itu, di sesetengah tempat golongan wanita bumiputera bergerak aktif dalam perniagaan.

"Sebagai contoh di Kelantan, wanita Melayu berniaga di pasar-pasar dan restoran malah dari rumah ke rumah menjaja barang kemas atau pakaian," ujarnya.

Ikhlas ekk?? usahawan kena ikhlas? ikhlas bagi sedekah? pegawai kerajaan kan gaji sikit... sebab tu kena mintak sedekah..... HAHAHA..

Berapa sekilo ikhlas ni? ke pakai kati? sekati berapa? HAHAHA...

mmg la kena ikhlas, buka bisnes 3 bulan, PBT mai, LHDN mai, BOMBA mai, POLIS mai, pegawai tu mai, pegawai ni mai.... konon lesen tu tadak, lesen ni tadak, itu kena bayar, ini kena cukai... pttuuiii... last2 kena bagi 'sedekah' walaupun x ikhlas... ptuiii... HAHAHA..

mcm mana nak iklas, meniaga ayaq tepi jalan, penguatkuasa mai sepak tong..... meniaga nasi lemak org kesihatan mai saman sbb x pakai apron, meniaga pusat siber kena amik lesen hiburan.. cina jual vcd pirate xdak pulak kena amik lesen hiburan... HAHAHA... bodo.. mmg bodo.. lagi mau galakkan graduan jadi usahawan?? HAHAHA...ptuuii..


p/s: Sori Isham, gua cedok lu punya style sikit..


No comments:

Post a Comment