Tuesday, November 24, 2009

Perkara Yang Menyekat Rezeki???

Ari ni dapat emel dari member lama... x tau la betui ka dak menda ni.. kadang2 saja ja org kita ni menambah itu, menambah ini.. bab2 agama ni kadang2 tok guru pun terguna hadis dhaif buat hujah, sedangkan hadis dhaif tokleh buat hujah... lagi haru kalau tercedok hadis palsu.. maklumlah dlm keghairahan kita nak kejar pahala, terkejar benda bidaah... apapun igt satu ja la, Islam tu agama yang mudah, jadi toksah la nak putaq belit bagi org nampak kata Islam ni benda yang sgt payah.. itu x boleh, ini x boleh.. mcm mana org kapir nak dekat dgn Islam? hak dok ada pun ramai yg dah murtad... yang tu lagi merugikan....

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.


1. tidak sembahyang atau solat. (semayang tu mmg la wajib tapi tok sah la dok kait dgn rezeki.. ni kalau cina baca depa gelak ya.. kitaolang tatak semayang pun ala untung maaa... )
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan. (boleh makan tu ada rezeki la tu.. apa yang tersekatnya?)
3. makan atas pinggan yang terbalik. (nahai... sapa la mangkaq yg nak makan atas pinggan terbalik?)
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.. (apa rezeki letak di kasut?)
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan. (yang penting bahan makanan tu.. )
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil. (abis tu rumah org kaya2 semua ada jamban dlm bilik ayaq? rezeki depa tersekat ka?)
7. suka bersandar pada pintu rumah. (hahaha.. apa kena mengena la...aduii la...)
8. suka duduk di atas tangga. (hhmm.. lagi satu lawak sarkas)
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan. (no komen..)
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung. (basuh tgn dgn ayaq la wooii....!!!)
11. tidak membersihkan rumah. (rumah kotoq)
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain. (kain buruk pun x leh ke?)
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam. (habis tu kalau dah keja siang, balik malam baru sampai rumah, takkan nak biaq umah kotoq? kata rumah kena bersih??)
14. suka tidur di atas muka. (Aa'aa?? bukan tido atas bantal ke?)
15. membakar kulit bawang. (wahahaha... abis la.. pasni kulit bawang kita kena makan.... wakakaka)
16. menjahit baju yang sedang dipakai. (okla.. takut tercucuk jarum plak..)
17. mengelap muka dengan baju.(ooo... yg ni org pompuan sesuai la.. takut baju comot, xdak dato' yg berkenan.. ehehe...)
18. berdiri sambil bercekak pinggang. (waaa... mamai jarum yang gelang sampai siku tu telah tersekat rezekinya rupanya...hehehe)
19. tidur tidak memakai baju. (uiks?? panas la...)
20. makan sebelum mandi hadas. (tudia.. jenuh ahhh..)
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh. (abis tu nak tidoq dlm masjid?)
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit. (kalu dia dok meniaga di market guana citer?)
23. lambat pulang dari masjid. (pulakkk??? tadi x bagi tergegas balik..)
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak. (mmg la x leh doa camtu..)
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan. (ini takut cicak berak masuk dlm gulai....)
26. suka memadam pelita dengan nafas. (sudah.. pasni kena tekup ngan tapak tgn la...)
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup. (hahaha...tenyeh bagi mati dulu...)
28. membasuh kaki dengan tangan kanan. (basuh dgn ayaq la...)
29. membuang air kecil pada air yang mengalir. (Ooo.. abis tu kena buang dlm ayaq betakung? lagi haru... huhuhu)
30. memakai seluar sambil berdiri. (kena pakai sambil gaya kuak lentang kot...)
31. memakai serban sambil duduk. (adui la.. apa la kena mengena????)
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis. (sama point no. 6 tadi la..)
33. makan dengan menggunakan dua jari. (haha.. org isap rokok rezekinya tersekat.... )
34. berjalan di antara kambing. (mmg kambing hitam betul la...)
35. berjalan di antara dua perempuan. (sudah.. apa salahnya kalau ada 2 bini.. hik..hik...)
36. suka mempermainkan janggut. (main janggut? xder menda lain nak main?)
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut. (ish.. mengarut...)
38.. meletakkan tapak tangan pada hidung. (kalau kawan sebelah kentut busuk, terpaksa la hidu.. hahaha)
39. suka menggigit kuku dengan mulut. (gigit dgn gigi...)
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan. (waaa... kalau dedah dlm rumah ke pasaraya ke xper lak ekkk??)
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil. (abis kalau jamban mngadap ke situ, nak kena pusing peluk tank?)
42. menguap ketika solat. (hhmmm....hahaha..)
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil. (merapu btol...)

Jadi kesimpulannya, pandai-pandaila tapis.... huhuuh...

No comments:

Post a Comment