Tuesday, November 24, 2009

Perkara Yang Menyekat Rezeki???

Ari ni dapat emel dari member lama... x tau la betui ka dak menda ni.. kadang2 saja ja org kita ni menambah itu, menambah ini.. bab2 agama ni kadang2 tok guru pun terguna hadis dhaif buat hujah, sedangkan hadis dhaif tokleh buat hujah... lagi haru kalau tercedok hadis palsu.. maklumlah dlm keghairahan kita nak kejar pahala, terkejar benda bidaah... apapun igt satu ja la, Islam tu agama yang mudah, jadi toksah la nak putaq belit bagi org nampak kata Islam ni benda yang sgt payah.. itu x boleh, ini x boleh.. mcm mana org kapir nak dekat dgn Islam? hak dok ada pun ramai yg dah murtad... yang tu lagi merugikan....

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.


1. tidak sembahyang atau solat. (semayang tu mmg la wajib tapi tok sah la dok kait dgn rezeki.. ni kalau cina baca depa gelak ya.. kitaolang tatak semayang pun ala untung maaa... )
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan. (boleh makan tu ada rezeki la tu.. apa yang tersekatnya?)
3. makan atas pinggan yang terbalik. (nahai... sapa la mangkaq yg nak makan atas pinggan terbalik?)
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.. (apa rezeki letak di kasut?)
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan. (yang penting bahan makanan tu.. )
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil. (abis tu rumah org kaya2 semua ada jamban dlm bilik ayaq? rezeki depa tersekat ka?)
7. suka bersandar pada pintu rumah. (hahaha.. apa kena mengena la...aduii la...)
8. suka duduk di atas tangga. (hhmm.. lagi satu lawak sarkas)
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan. (no komen..)
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung. (basuh tgn dgn ayaq la wooii....!!!)
11. tidak membersihkan rumah. (rumah kotoq)
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain. (kain buruk pun x leh ke?)
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam. (habis tu kalau dah keja siang, balik malam baru sampai rumah, takkan nak biaq umah kotoq? kata rumah kena bersih??)
14. suka tidur di atas muka. (Aa'aa?? bukan tido atas bantal ke?)
15. membakar kulit bawang. (wahahaha... abis la.. pasni kulit bawang kita kena makan.... wakakaka)
16. menjahit baju yang sedang dipakai. (okla.. takut tercucuk jarum plak..)
17. mengelap muka dengan baju.(ooo... yg ni org pompuan sesuai la.. takut baju comot, xdak dato' yg berkenan.. ehehe...)
18. berdiri sambil bercekak pinggang. (waaa... mamai jarum yang gelang sampai siku tu telah tersekat rezekinya rupanya...hehehe)
19. tidur tidak memakai baju. (uiks?? panas la...)
20. makan sebelum mandi hadas. (tudia.. jenuh ahhh..)
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh. (abis tu nak tidoq dlm masjid?)
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit. (kalu dia dok meniaga di market guana citer?)
23. lambat pulang dari masjid. (pulakkk??? tadi x bagi tergegas balik..)
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak. (mmg la x leh doa camtu..)
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan. (ini takut cicak berak masuk dlm gulai....)
26. suka memadam pelita dengan nafas. (sudah.. pasni kena tekup ngan tapak tgn la...)
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup. (hahaha...tenyeh bagi mati dulu...)
28. membasuh kaki dengan tangan kanan. (basuh dgn ayaq la...)
29. membuang air kecil pada air yang mengalir. (Ooo.. abis tu kena buang dlm ayaq betakung? lagi haru... huhuhu)
30. memakai seluar sambil berdiri. (kena pakai sambil gaya kuak lentang kot...)
31. memakai serban sambil duduk. (adui la.. apa la kena mengena????)
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis. (sama point no. 6 tadi la..)
33. makan dengan menggunakan dua jari. (haha.. org isap rokok rezekinya tersekat.... )
34. berjalan di antara kambing. (mmg kambing hitam betul la...)
35. berjalan di antara dua perempuan. (sudah.. apa salahnya kalau ada 2 bini.. hik..hik...)
36. suka mempermainkan janggut. (main janggut? xder menda lain nak main?)
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut. (ish.. mengarut...)
38.. meletakkan tapak tangan pada hidung. (kalau kawan sebelah kentut busuk, terpaksa la hidu.. hahaha)
39. suka menggigit kuku dengan mulut. (gigit dgn gigi...)
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan. (waaa... kalau dedah dlm rumah ke pasaraya ke xper lak ekkk??)
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil. (abis kalau jamban mngadap ke situ, nak kena pusing peluk tank?)
42. menguap ketika solat. (hhmmm....hahaha..)
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil. (merapu btol...)

Jadi kesimpulannya, pandai-pandaila tapis.... huhuuh...

Saturday, November 21, 2009

Usahawan kena 'ikhlas'

Usahawan perlu ikhlas berniaga - Awang Adek

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Usahawan di negara ini dinasihatkan sentiasa ikhlas ketika menjalankan perniagaan jika mahu mencapai kemajuan dalam bidang yang ceburi itu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, keikhlasan yang merupakan kunci kepada kejayaan dalam perniagaan harus meliputi sikap usahawan terhadap pelanggan dan pembekal.

"Saya percaya peniaga yang suka menipu dalam perniagaan tidak mampu mengecapi kejayaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Cabaran Usahawan Malaysia 2009 di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Majlis Usahawan Malaysia (MUM), Datuk Suhaimi Yacob.

Program selama tiga hari itu dianjurkan Brandbuilding.com.my dan disertai kira-kira 250 mahasiswa dari lima universiti tempatan.

Universiti terbabit adalah Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) serta Universiti Limkokwing (LKWU).

Awang Adek menambah, usahawan juga memerlukan jati diri, semangat dan minat mendalam terhadap perniagaan yang dijalankan.

"Tanpa semangat, jati diri dan minat, sukar untuk seseorang itu berjaya dalam bidang perniagaan," jelasnya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, berbanding suatu ketika dahulu kaum Cina mendominasi bidang perniagaan di negara ini namun kini semua kaum telah terlibat dan berkecimpung dalam bidang itu.

"Selain itu, di sesetengah tempat golongan wanita bumiputera bergerak aktif dalam perniagaan.

"Sebagai contoh di Kelantan, wanita Melayu berniaga di pasar-pasar dan restoran malah dari rumah ke rumah menjaja barang kemas atau pakaian," ujarnya.

Ikhlas ekk?? usahawan kena ikhlas? ikhlas bagi sedekah? pegawai kerajaan kan gaji sikit... sebab tu kena mintak sedekah..... HAHAHA..

Berapa sekilo ikhlas ni? ke pakai kati? sekati berapa? HAHAHA...

mmg la kena ikhlas, buka bisnes 3 bulan, PBT mai, LHDN mai, BOMBA mai, POLIS mai, pegawai tu mai, pegawai ni mai.... konon lesen tu tadak, lesen ni tadak, itu kena bayar, ini kena cukai... pttuuiii... last2 kena bagi 'sedekah' walaupun x ikhlas... ptuiii... HAHAHA..

mcm mana nak iklas, meniaga ayaq tepi jalan, penguatkuasa mai sepak tong..... meniaga nasi lemak org kesihatan mai saman sbb x pakai apron, meniaga pusat siber kena amik lesen hiburan.. cina jual vcd pirate xdak pulak kena amik lesen hiburan... HAHAHA... bodo.. mmg bodo.. lagi mau galakkan graduan jadi usahawan?? HAHAHA...ptuuii..


p/s: Sori Isham, gua cedok lu punya style sikit..


Saturday, November 14, 2009

Berkhutbah atau baca khutbah?

Hasan Ali tegur iman, AJK masjid pandang remeh peraturan Jais

SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, hari ini menegur segelintir imam dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid yang memandang remeh keperluan mematuhi peraturan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Beliau berkata, ada di antara imam dan AJK masjid yang menganggap peraturan Jais sebagai tidak betul kerana mendakwa ia adalah peraturan Umno atau peraturan kerajaan.

"Kenapa mesti menjadi musuh kepada peraturan-peraturan? Imam mesti membaca teks (khutbah) yang ada (disediakan)...Adakah kita mampu menulis khutbah lebih baik daripada itu?

"Kalau kita sudah menolak peraturan, (akan) lahirlah satu masyarakat anarki... masyarakat yang tidak hormat kepada peraturan akhirnya hancur," katanya ketika merasmikan Seminar Pemantapan Khutbah Negeri Selangor 2009 di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, sehingga kini masih timbul gejala pentadbir masjid mengizinkan orang luar tanpa tauliah membaca khutbah di masjid yang diselia mereka yang turut menyelitkan isu yang tidak berkaitan seperti kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Ada masalah yang lebih penting untuk diberi perhatian oleh imam dan jawatankuasa masjid seperti ahli qariah yang tidak sembahyang, suami-isteri yang bercakaran, anak-anak yang tidak terdidik dan suasana agama yang layu dan lesu di kampung masing-masing".

Mengenai tauliah pula, katanya, mereka yang ingin menyampaikan ceramah agama di negeri ini perlu mendapatkan tauliah mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 bagi memastikan ceramah yang disampaikan tidak menyimpang daripada ajaran agama Islam. - Bernama

Nahai... paklong oii paklong... tok katib ni keja baca khutbah ke berkhutbah?? ini peraturan zaman BN.. kalau nak ikut peraturan tu, baik x payah tukaq kerajaan... hang dah perintah, hang tukaq la peraturan bodo tu.... payah sgt ka? takut kat sapa? rajagopal? Chait... kata pejuang Islam?

kalu takat nak baca, tak payah tok imam, budak Pasti pun boleh baca... ntah2 baca jawi lagi pasih dari tok imam hak dok ada tu...

p/s: byk lagi peraturan/undang2 bodo zaman BN masih dikekalkan oleh kerajaan PR... hak elok tu ikut la, tapi kalau hak bodo tu, takkan hangpa nak kuatkuasa jugak? amboi, dulu masa dok ceramah, bukan main lagi hangpa kutuk, maki, lani bila dah pegang kuasa, hangpa x buat aapa pun.. sampai bila nak tunggu ni?

Wednesday, November 11, 2009

Majlis Ulama cadang haram pembesar suara untuk azan

berita pertama utk blog ni...

Majlis Ulama cadang haram pembesar suara untuk azan

KALIMANTAN: Majlis Ulama Indonesia cawangan Kalimantan Selatan semalam mencadangkan supaya penggunaan pembesar suara diharamkan sekiranya ia dianggap mengganggu orang ramai, walaupu digunakan untuk azan solat lima waktu.

Anggota majlis, Muhammad Noor, pensyarah di Institut Islam Antasari di Banjarmasin memberitahu agensi berita Antara, kumpulan ulama yang menghadiri perbincangan di Tabalong merumuskan, penggunaan pembesar suara, walaupun untuk tujuan baik, boleh mencetuskan pertelingkahan antara penganut Islam dan bukan Islam kerana bunyi bising dan menyebabkan kurang selesa. sumber

Wahaha... Pemuda Umno, sila buat demo di kedutaan Indo.... PEKIDA, tunggu apa lagi?..... jangan lupa kepala lembu... hai.. doonia..doonia....

Hai.. Dunia...Dunia...

Walla.. alam blogging bukanlah asing bagiku, tapi inilah blog peribadiku yang InsyaAllah akan dihapdet sekerap mungkin. ada org nak baca ke tak lantak la... nak baca, baca.. tanak baca sila tekan Alt+F4... ehekk..