Thursday, March 4, 2010

Maka bermula lah satu perjalanan...

Warrkkh.... apa aku nak tulis nih..

ok..ok.. hari ni aku dh beli.. aku start simpan duit 3 tahun dulu.. masa tu aku dok gilakan 450D.. simpan punya simpan.. 450D dh diganti 500D.... harga up sket.. duit masih x cukup.. xpala, aku simpan dulu utk beli 500D pulak... saat simpanan aku hampir menyamai harga 500D, keluar plak satu berita di tenet 550D bakal dikeluarkan.. huhuhu.. mesti harga dia up sket.. ini xleh jadi.. aku mesti dapatkan 500D sekarang..!!!

Proses pemecahan tabung bermula.. kira punya kira, mmg x cukup... apa aku nak buat? ngehehehe.. disinilah kelebihan bila bekerja sendiri.. boleh cilok sana sini.. tapi kena berhati-hati masa mencilok... ok bab modal dh setel, skang proses mencari kedai yg menawarkan harga berpatutan.... lebih 15 buah kedai kamera sekitar penang dan kedah aku short listkan.. semuanya aku cari dlm forum tenet berdasarkan suggestion dari para otai fotografi. lepas tu aku call tanya satu persatu. lepas dh puas hati serta berdasarkan pertimbangan yg sewajarnya, maka Telecolor di alor setar menjadi pilihan.

Maka pada hari ini, Canon EOS 500D secara rasmi menjadi DSLR pertamaku....


ok, semua skali barang yg aku beli hari ni:
- Canon EOS 500D
-18mm-55mm kit lens
-4 GB Transcend SD card
-tripod,
-bag,
-UV filter + Screen Protector
-cleaning kit

total semua: RM 3080.00 + RM9.00 (kos call semua kedai kamera di penang dan kedah dlm list) + RM 20.00 (duit minyak keta Pendang-AS) + RM1.00 (jus jambu beli minum atas keta.. muahaha...)

ok... habis citer bab kos, meh kita tgk apa hasil kamera ni...

ini pic first yg aku amik masa kat depan telecolor tu. ini first time pegang dslr ni...

ini gambar kedua yg aku snap.. gambar menara pusat dakwah alor setar.. aku parking keta kat pusat dakwah, masuk keta sempat lagi belek kamera.. hahaha..

gambar nasi ayam kedai erme.. hohho...

masa main2 dgn manual focus.. huhuhu..

semua gambar tiada sentuhan photoshop.. cuma tambah watermark je... hebat, kan dslr ni.. wlaupun baru first time pegang kamera, gambarnya tetap cantik.. hmm.. akan ku cuba utk lebih memahami kamera ni kerana aku percaya, "Experience is the best teacher..."