Wednesday, January 13, 2010

Jangan Jadi Bodoh

Terkulai cinta Internet

KUALA LUMPUR: Bermodalkan ayat ‘power’ dan wajah kacak, segelintir lelaki hidung belang bijak menjerat cinta gadis remaja menggunakan laman sosial di Internet untuk menjadi pemuas nafsu mereka.

Sasaran mereka, gadis remaja yang kemaruk melayari laman sosial untuk mencari kenalan hingga jatuh cinta dan seterusnya menyerahkan kehormatan diri.


Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azie, 21, ketika ditemui berkata, dia berkenalan dengan seorang jejaka berumur 20 tahun bernama Muaz melalui sebuah laman sosial popular di Internet.


“Selepas seminggu berkenalan melalui laman Myspace, saya mula jatuh cinta kepadanya dan kami berjumpa buat kali pertama di sebuah pusat beli-belah,” katanya yang juga penuntut pengajian syariah di sebuah kolej swasta di ibu negara.


Selepas hampir dua bulan berkenalan, kekasihnya mula menunjukkan belang apabila kerap memujuk gadis berasal dari Sabah itu untuk melakukan hubungan seks.

“Saya tak menyangka dia akan meminta melakukan perkara terkutuk itu kerana dia berasal daripada keluarga yang warak.


“Walaupun beberapa kali menolak permintaannya, godaan syaitan lebih dahsyat hingga saya layu di pangkuannya,” katanya yang kini hamil dua bulan hasil hubungan terlarang itu.


Selepas disahkan mengandung, lelaki itu mula bersikap lepas tangan apabila enggan bertanggungjawab.


Bimbangkan perkara lebih buruk terhadapnya, Azie menceritakan perbuatan mereka kepada keluarga lelaki terbabit, tetapi kecewa kerana mereka enggan mendedahkan perkara itu kepada pihak berkuasa.


“Mereka hanya membantu mendapatkan rumah perlindungan sementara menantikan kelahiran bayi saya, manakala lelaki itu bebas meneruskan kehidupan sehariannya,” katanya.


Dia pula terpaksa menangguhkan pengajiannya bagi mengelak kehamilan luar nikahnya diketahui pihak kolej.


“Jika perbuatan saya terbongkar, saya akan dibuang kolej dan pasti akan mengecewakan keluarga di Sabah,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Rozie, 20, dari Ampang tidak menyangka perkenalan dengan seorang jejaka melalui laman sosial Facebook bakal menjadi titik hitam dalam hidupnya.


Katanya, menerusi laman sosial itu, Boy dilihat seolah-olah tidak mempunyai ramai rakan perempuan berikutan tiada kenalan wanita dalam senarai sahabatnya.


“Ini menyebabkan saya menganggap Boy bukan kaki perempuan dan boleh dipercayai.


“Kami bertemu buat kali pertama apabila dia mengajak saya ke majlis hari jadi rakannya,” kata Rozie yang jatuh cinta dengan Boy yang bersopan santun dan pandai menjaga hatinya.


“Di tempat kerja, saya kerap diganggu lelaki, tetapi Boy pula sering mengambil berat dengan menjaga saya daripada diganggu mereka,” katanya yang bertugas sebagai pakar kecantikan di ibu kota.


Akibat terlalu percayakan lelaki itu, Rozie mengandung hasil hubungan terlarang mereka selepas setahun menjalin cinta. “Boy menyuruh saya menggugurkan kandungan dengan alasan belum bersedia menjadi bapa, tetapi saya enggan menyebabkan dia meninggalkan saya tanpa khabar berita,” katanya yang enggan membuat laporan polis dengan alasan masih terkejut dengan nasib dirinya.


Turut berkongsi masalah sama, Wani, 25, pelajar kolej swasta di Pahang.


Perkenalan dengan Zul, jejaka dari Melaka menjadikannya hilang pedoman sehingga terlanjur, tetapi lelaki itu enggan bertanggungjawab.


“Kami berjumpa selepas tiga minggu berkenalan melalui laman sosial Friendster.


“Zul sanggup datang dari Melaka ke Pahang semata-mata untuk bertemu saya ketika kami bermadu kasih,” katanya yang terpaksa menangguh pengajian dalam bidang perakaunan kerana kini hamil dua bulan.


“Mungkin disebabkan tak pernah bercinta sebelum ini menjadikan saya hanyut dibuai janji manis lelaki durjana itu,” katanya yang berharap gadis lain tidak terjebak jerat cinta Internet.

Penipuan bukan hanya berlaku dlm internet.. dalam pasaraya orang menipu, di pentas politik org menipu, dalam suratkahabar pun banyak yang menipu.... semuanya terserah kepada kepala otak sendiri utk menilai.  masuk facebook, masuk myspace, masuk freindster, x ada beza dgn masuk pasaraya, masuk ceramah politik, baca paper.... kalau otak enggan digunakan, bersedialah untuk menjadi mangsa penipuan.

Penganiyaan terhadap gadis-gadis bukan cerita baru, bukan cerita luar biasa, tak sepatutnya menjadi berita, benda ini dah biasa. dah terlalu ramai, pusat perlindungan dah sesak, dah penuh. Org yang prihatin pun dah tak larat nak jaga mereka lagi.. terlalu ramai yang nak masuk berbanding dgn kemampuan kewangan mereka... Bayi yang dibuang juga dah terlalu ramai. Org ramai dah tak heran lagi dgn berita pembuangan bayi.... ini bukan cerita baru...

Persoalannya kenapa teknologi yang menjadi mangsa? kita sering menyalahkan teknologi. Dulu kita sering salahkan MIRC, lepas tu kita salahkan Yahoo Messenger, lepas tu kita salahkan Friendster, kemudian sekarang kita salahkan Facebook...

Anak-anak kita perlukan 'pendidikan', bukan fakta songsang yang perlu dihafal...
Anak-anak kita perlu ditakutkan dgn dosa dan azab, bukan ditakutkan dgn 'fail dan GB'...
Anak-anak kita perlu dirasuah dgn pahala dan syurga, bukan dirasuah dgn wang dan pangkat...
Anak-anak kita perlu diasuh oleh guru yang berjiwa pendidik, bukan guru yang berjiwa pekerja...

Paling penting, jangan salahkan lantai jika tak tahu menari...

Thursday, January 7, 2010

Aduhai gomen servant....

Bayangkan situasi ini... anda seorang pembayar cukai. Anda bekerja siang dan malam mengumpul duit dan sebahagian dari pendapatan anda dipaksa untuk diserahkan kepada kerajaan kononnya untuk dikongsi bersama rakyat yang lain. Satu hari, anda mengunjungi satu pejabat kerajaan untuk menyerahkan wang hasil titik peluh anda supaya ditadbir oleh kerajaan dengan seadil-adilnya. Kemudian anda nampak seorang staff dlm pejabat tersebut sedang tengok tv sambil makan koci... seorang sedang membaca paper sambil menyanyi, seorang  sedang bermain solitaire di komputer dan seorang lagi bergayut di telefon dengan aweknya. (guna phone office plak tu...) dan butir-butir perbualan mereka jelas kedengaran ditelinga anda... sakit hati, bukan? kan..kan..kan.... aduuhh.. aku rasa mcm nak sepak sekor2... HISHH..!!!

Wednesday, January 6, 2010

Barangan yang mungkin tak laku sepanjang 2010

Sepuluh tahun yang lalu, kebanyakan rumah menggunakan sistem  dial-up untuk mengakses Internet. Screamyx, Hotspot, Celcom Berukband, MekCiss Berukband mana ada lagi. Kalau ada pun x meluas mcm sekarang. Henpon? Hanya untuk anak org kaya atau org kerja pejabat. Tapi sekarang, budak sekolah pun pakai 3G tau..!!!

Dulu kita hanya tahu berita yang ada didalam paper. Tapi kini, bom meletup pukul 1.00 di Pakistan, kita di Malaysia pukul 1.05 kita dah tahu. Internet dan blog mengambil alih peranan utusan meloya dan berita hairan. Kalau tidak, masakan 5 negeri boleh tumbang.

Hakikatnya kita perlu bersedia dengan ledakan teknologi yang semakin hari semakin canggih. Tinggalkan segera cara pemikiran lapuk yang tidak menguntungkan sesiapa hatta diri sendiri. Jangan disekat perkembangan minda anak-anak kita untuk mengenali teknologi yang semakin pesat berkembang ini. Kalau nak mundur kebelakang, undurlah sorang2...(ayat ini ditujukan khas kepada semua pegawai kerajaan bermentaliti usang yang menganggap internet hanya medium hiburan semata-mata.)

**********************************

Berikut antara perkara/barangan yang mungkin mencatatkan penurunan jualan tahun ini dan tahun2 yang mendatang...

DVD
Dulu kita selalu pegi kedai utk sewa video, vcd, atau dvd. Ataupun selalu ke pasar malam utk cari dvd lanun. Sekarang ni zaman internet, lanun pun susah cari makan.. filem2 dah boleh download. Sebut ajer nak filem apa, tak sampai 3 saat, pakcik google boleh carikan untuk kita. Dah jumpa donlod je lah. Laptop pun dah boleh sambung ke tv skrang ni. Tak macam komputer Pentium II kita dulu. Hehehe.. ataupun kalau malas nak donlod, boleh tgk terus di Youtube. 

Telefon Rumah
Sepuluh tahun dulu kita tak tahu apa itu Skype, Yahoo Messenger, Pidgin. Kalau nak cakap telefon, kita cuma tahu angkat gagang, dan tekan nombor. Video conference? Hanya Power Rangers yang mampu lakukannya. Tapi sekarang, henpon sudah ambik alih. Kalau x cakap boleh sms. Kalau ada anak belajar di Mesir, UK, US, boleh guna webcam n yahoo messenger. Siap boleh tgk muka lagi sambil cakap. Rasa mcm pi belajar sebelah rumah.

Kamera digital Kompak
Selama hampir satu dekad, kamera digital kompak adalah keperluan bagi kebanyakan pengguna. Namun selama beberapa tahun kebelakangan ini, ada satu jenis lagi kamera digital telah perlahan-lahan meningkat popularitinya; DSLR atau digital single-lens reflex, daripada pengeluar terkemuka termasuk Nikon, Canon, Sony dan Olympus. Meskipun sedikit mahal, kamera ini mampu menghasilkan gambar yang lebih tepat, tajam dan cantik berbanding kamera kompak. Kamera jenis ini juga menjadi pilihan kebanyakan blogger terutama dari fotopages. Harganya tidaklah terlalu jauh berbeza dengan kompak. Sistem yang paling basic pun dlm 2 ribu lebih saja. Atau kalau beli yang seken hand, adala dlm seribu lebih.

Kamera pakai Kodak? Simpan dalam poket jer la.. malu nak bawak keluaq…

Langganan akhbar
Jualan akhbar diseluruh dunia telah mencatatkan penurunan. Zaman suram bagi akhbar telah bermula. Media internet lebih memonopoli. Kalau ada pun org beli paper, bukanlah nak dapatkan maklumat atau berita sangat. Sebut saja nak tahu berita mengenai apa, semua ada dlm internet. – politik, isu semasa, dunia, hiburan, artis, sukan, nombor ekor, semua ada. Bukan saja lebih tulus dan telus, bahkan lebih terkini berbanding didalam paper.

CD
Bila terakhir kali anda membeli CD atau masuk ke sebuah kedai kaset? dengan lambakan produk mp3, mp4, iPod, dan yang sewaktu dengannya, pengeluar dan pengedar CD harus hadapi kenyataan ini. Sebut saja nak lagu apa, semua boleh didownload dari internet. Berbaloikah beli satu CD original berharga 30-40 ringgit tapi ada 2 lagu saja yang boleh diterima oleh telinga? Lain2nya sampah..!!! adalah jauh lebih ekonomik untuk download. Sekupang pun tak payah bayar.

**********************************

Sesuatu yang harus kita sedari, teknologi semakin mengubah hidup kita. Terpulanglah pada diri sendiri sama ada ingin menapak maju atau masih terus ingin mempertahankan warisan lapuk yang kadang-kadang lebih membebankan akal fikiran.