Thursday, August 5, 2010

JJCM: Restoran Puncak Mutiara

Restoran puncak mutiara kat bukit mertajam, memang fofular, kan…  tapi jalan nak ke sini mmg ada pusing sikit, nak senang, korang rujuk link nih.. . kali ni malas aku nak bagi direction. Wahahaha.. act kita sebenarnya tak sangka pun disebalik rimbunan kebun getah tersembunyi satu restoran yang sangat sedap hidangannya.. yess, kebun getah.. that’s mean, korang kena masuk satu lorong kecik mini tar, lalu kat tepi tingkap rumah org, celah2 pokok getah, baru jumpa restoran ni. Tapi tak la kecik sgt jalannya.. okla, bas pun bleh lalu, jgn risau, x bercalarnya keta korang tu.
Ok, sesampainya  disini, korang akan nampak nalla punya pintu pagar dgn signnya sekali. .  

Dekorasi lanskap yang agak menarik. Konsep makan dalam pondok. Ada banyak pondok yang boleh dipilih, ikut sesedap hati korang la. 
 Ada pondok yg besar, utk family/group besar. tapi kalo datang 2-3 org jer, memadai la duduk kat kawasan yang ada byk2 meja tu. Jgn plak duduk dekat meja besar yang ada 8 kerusi tu. Kira tak beretika la pulak, kan... hmm..
pastu plak boleh pilih nak makan bersila atau duduk atas kerusi. kalau rasa2 nak bersila, pilih la pondok yg bermeja jepun. tapi meja jepun dia rendah sangat la.. Jenuh nak menunduk. Selesa lagi dok atas kerusi. 

ok, selesai bab meja kerusi semua, kita tgk makanan  yang kami order..

Jus Cinta, Jus Tembikai
First sekali makan kat mana2 pun, yang awal2 sampai mestilah air, kan. ini just cinta (asam boi yang dijeruk dalam buah limau kasturi) dgn air tembikai.

Banana Split
kemudian desert, banana split. nyummiiii...!!!

Beriani Kambing
Ini speciality kat sini, Nasi Beriani Kambing. nasi masak sempurna elok, daging kambing pun lembut. memang sedap. cuma air asam dia kurang kick. dalca pun bolehlah. nak lawan dalca mami georgetown xleh la kot. hahaha.
Paha Kambing
kita close up sikit.. nampak bersinar daging kambing tu. pergghh..!!!

sum sum tulang kambing
Ini close up ke dalam tulang kambing. ini kalo sedut pakai straw, apa nak kataa..!!! sesapa yang ada darah tinggi dilarang mencuba..!! ehehe..

Lamb Chop
Masih lagi mengenai kambing. Kali ni lamb chop pulak. rasanya memang superb!!! boleh tahan la dgn harganya..kalo x salah dlm RM20 lebih la jugak sepinggan nih. 

Tenderloin Steak
ini tenderloin steak, yang ni kecewa sikit.. dh la kecik, liat plak tuh. rasa x berbaloi dgn harganya RM30 lebih untuk daging liat sebesar separuh tapak tangan. hmmm..

Sate Burung Unta & Sate Arnab
Last sekali kitorang amik sate burung unta (ostrich) dan sate arnab 5-5 cucuk. boleh la buat merasa, kan.. x jauh beza rasanya mcm ayam n daging, cuma lebih manis dan kenyal...

Pondok Bayaran
Ini tempat bayar. kira canggih la jugak. tapi agak jauh dari pintu masuk. terpikir jugak, tak takut ke org lepas makan lari balik x bayar. sebab kawasan tu luas, kalo ada org yang cabut pun mesti x perasan punya.. tapi yer la, x baik buat camtu, kan.. dah makan jadi darah daging tu, kalo sengaja cabut tanak bayar, mmg dh tempah api neraka awal2 la... hehehe..


Thursday, March 4, 2010

Maka bermula lah satu perjalanan...

Warrkkh.... apa aku nak tulis nih..

ok..ok.. hari ni aku dh beli.. aku start simpan duit 3 tahun dulu.. masa tu aku dok gilakan 450D.. simpan punya simpan.. 450D dh diganti 500D.... harga up sket.. duit masih x cukup.. xpala, aku simpan dulu utk beli 500D pulak... saat simpanan aku hampir menyamai harga 500D, keluar plak satu berita di tenet 550D bakal dikeluarkan.. huhuhu.. mesti harga dia up sket.. ini xleh jadi.. aku mesti dapatkan 500D sekarang..!!!

Proses pemecahan tabung bermula.. kira punya kira, mmg x cukup... apa aku nak buat? ngehehehe.. disinilah kelebihan bila bekerja sendiri.. boleh cilok sana sini.. tapi kena berhati-hati masa mencilok... ok bab modal dh setel, skang proses mencari kedai yg menawarkan harga berpatutan.... lebih 15 buah kedai kamera sekitar penang dan kedah aku short listkan.. semuanya aku cari dlm forum tenet berdasarkan suggestion dari para otai fotografi. lepas tu aku call tanya satu persatu. lepas dh puas hati serta berdasarkan pertimbangan yg sewajarnya, maka Telecolor di alor setar menjadi pilihan.

Maka pada hari ini, Canon EOS 500D secara rasmi menjadi DSLR pertamaku....


ok, semua skali barang yg aku beli hari ni:
- Canon EOS 500D
-18mm-55mm kit lens
-4 GB Transcend SD card
-tripod,
-bag,
-UV filter + Screen Protector
-cleaning kit

total semua: RM 3080.00 + RM9.00 (kos call semua kedai kamera di penang dan kedah dlm list) + RM 20.00 (duit minyak keta Pendang-AS) + RM1.00 (jus jambu beli minum atas keta.. muahaha...)

ok... habis citer bab kos, meh kita tgk apa hasil kamera ni...

ini pic first yg aku amik masa kat depan telecolor tu. ini first time pegang dslr ni...

ini gambar kedua yg aku snap.. gambar menara pusat dakwah alor setar.. aku parking keta kat pusat dakwah, masuk keta sempat lagi belek kamera.. hahaha..

gambar nasi ayam kedai erme.. hohho...

masa main2 dgn manual focus.. huhuhu..

semua gambar tiada sentuhan photoshop.. cuma tambah watermark je... hebat, kan dslr ni.. wlaupun baru first time pegang kamera, gambarnya tetap cantik.. hmm.. akan ku cuba utk lebih memahami kamera ni kerana aku percaya, "Experience is the best teacher..."

Sunday, February 28, 2010

JJCM: Nasi Ketam Kuala Juru

Akhirnya target utk merasa nasi ketam Kuala Juru terlaksana sudah...Aku ke Penang, amik sepupu aku balik, alang2 dah ke Penang, balik singgah di Juru. Lagipun memang dah lama merancang utk ke Kuala Juru.. ini semua gara2 kawan sekolah aku, Azlin yg iya2 racun aku soh try nasi ketam.. dan mcm biasa, aku bila org suggest benda2 menarik ni, terus tanya pakcik aku yg sgt disayangi, Uncle Google. Hasilnya, ramai org cakap sedap nasi ketam kat situ. banyak komen2 yg positif dari pelanggan yang pernah merasa keenakan hidangan ketam dan udang segar kat situ.. aku pun apa lagi, bilamana ada kesempatan dlm kesempitan, terus serbu la.. hehehe.. ok, citer panjang pun x guna.. jom kita tgk jalan nak ke situ dulu... ini sbg direction la kalau korang nak try..

 
Aku dari Penang, naik jambatan, turun2 jambatan je kita masuk simpang ke Georgetown balik.. jgn keliru, sebenarnya exit ni nak ke Juru dan patah balik ke Georgetow, tapi kat signbordnya tu cuma tulis Georgetown je.. patutnya tulis la Juru sekali.. huh...aku mmg tak biasa dgn jalan2 kat sini.. yela, tak pernah lalu, mana nak biasa, kan.. kalau x kerana Google Maps, aku x tau pun jalan ni boleh ke Juru...

Ok, lepas masuk simpang tu, korang akan nampak satu lagi simpang (kalau atas highway selalu kita sebut 'Exit') utk ke Georgetown. Pastikan korang straight, ikut signboard anak panah ke Juru. Jgn masuk simpang tu plak, nnt korang akan patah balik ke atas pulau..

Lepas straight tadi, korang akan masuk jalan ni... ha, bila dh masuk, korang straiiiiiiiiight je... jumpa berapa traffic light pun korang straight, jgn belok mana2... agak dlm 7 km, korang akan jumpa simpang 4 mcm kat bawah ni...

ok, korang tgk la meter kat keta korang tu, lebih kurang 7 km, akan jumpa traffis light simpang 4 ni... kena belok kanan...

trademark dia, belah kiri korang akan nampak ada Pasar Mini Jin Fu...

...then belah kanan ada beberapa kotak pencawang telekom. Tgk la gambar kat atas tu.. jgn pedulikan sgt papan iklan tu sbb nnt dia bertukar.. yg pasti, belah kiri tu ada deretan rumah kedai...

ok, pastikan belok kanan ye... kalau sempat tgk la signboard.. tapi signboard dia masa aku pi ni terlindung sket... bandaran malas nak potong pokok...

lepas dh masuk kanan, korang straight je.. kalau pi waktu ptg2 mcm ni, mmg silau sket la. matahari cucuk mata.. huuhhu..

Jalan ni jalan kampung. So, ada motor, beskal, lembu, kambing main redah je ikut suka... agaknya yg nek motor n beskal yg main redah tu mmg otak derang setaraf la ngan lembu n kambing tu.. hahaha... nak selamat, jgn bawak laju2.. dan pastikan tumpu perhatian di jalan raya.. cewwahh...

haa.. korang jalan sampai nampak signboard ni, utk ke kuala juru, kena belok kanan...

ok, sampai simpang ni, belok kanan... Kedai tu dlm 100 meter lepas simpang ni.. kedainya belah kiri, korang boleh park keta betul2 depan kedai tu belah kanan. Kawasan parkingnya boleh tahan la luas... then lintas jalan, terus masuk...

Ni la dia rupanya... Warung ni sebenarnya rumah kampung yg di extend menjadi kedai makan. kalo korang nasib baik boleh la duduk bawah rumah... rasa suasana kampung mcm mana.. hihhihi...

Kabarnya kedai ni mmg selalu org penuh. kalu nak makan kena order by phone dulu kalau x lambat nak tunggu. tapi masa kitorang sampai ni org x la ramai sgt.. rasanya kalau time malam baru fullhouse nih.

ok, mula2 order air.. tgk atas meja dia ada iklan jus asam limau kasturi.. mcm sedap je.. tryla order.. sampai2, mmg sedap wehh.. limau kasturi ditebuk, dlm derang taruk asam boi. pastu limau tu dijeruk... rasanya masam2 manis.. mmg sedap la.. ngeeeeee...

lepas hirup sket air, aku gi round2 keliling kedai sambil bawak kamera snap apa yg patut... org usha pelik je.. hahaha.. peduli apa aku.. aku pinjam kamera bapak mertua aku, bukan kamera derang.. hahaha..kamera aku rosak.. :-(

ok, ini senarai minuman dia.. 

ini plak senarai makanan yg ada kat sini... kat sini xde la buku menu yang waiter bawak tu.. korang kena tgk kat dinding derang gantung menu ni. salah satu kelemahan derang ini la.. menu kecik, pastu gantung plak kat dalam.. So, org x brapa nampak.. hah, kalo tokei Warung Paksu baca blog ni, ubah la menu ni gantung kat luar atau gantung kat dinding rumah tu ke.. tulis besar2 sket.. org rabun jauh cam aku ni mmg susah la nak baca tulisan cinonet cam ni.. lepas dh order nasi ketam, baru aku gi tgk menu ni.. tgk2 ada nasi goreng ketam.. hhuhu.. xpa, next time kalau mai lagi order nasi goreng ketam plak.. hhoohohoho..

ok, ketam dh sampai.. uuuii.. nampak mcm best.. tapi mmg best pun hahaha.. kuahnya manis n pedas.. kalo nak hirup, hati2 takut tersedak. org kedah panggil 'terjeliiik'...

pastu ikan bakar... ikan ni manis. tapi dia punya rempah tu pedas sket.. sampai pedih mulut aku... peluh xyah kira la.. berpuluh kali lap... habis tisu satu kotak.. hahaha...em, ikan bakar ni kalo nak banding yg kat teluk tempoyak punya mmg x leh lawan la.. tapi kalo nak banding yg kat bahtera nelayan, mmg kat sini sedap lagi... hohoho..

well, mcm biasa, trademark aku tiap kali habis makan, mesti snap pinggan yg licin dgn tulang temulang sisa makanan tu.. bukan apa.. kadang2 aku pi makan mana2, kalo tgk org makan, selalu derang makan x habis.. byk lauk yang ditinggalkan camtu je.. membazir betul la.. tau la org kaya pun tapi x baik la membazir camtu. Tak yah tgk la sampai Somalia nu, dlm negara kita pun belambak org yg nak makan pun susah sampai kena bakar siput babi buat lauk, ini depa senang2 je tinggalkan makanan, buang camtu je.. eheehh.. ok, ini sbg bukti, aku x membazir.. hahaha...

ok time nak balik aku order mee udang.. tgk org sebelah meja aku tadi makan udang besar2, byk lak tu.. cam best je.. warrrkkhhh.. aku x tahan... aku pun tapau bawak balik kat mak abah aku n utk aku dan bini aku skali.. hahaha... hhmm.. me udang dia x la sesedap mee udang kat Pulau Sayak tapi udang dia mmg fresh n sangat manis... Padanla dgn harga, seploh ringgit sebungkus/sepinggan... 

Ok, keseluruhan aku makan kat sini, (3 org - aku, bini aku, sepupu aku) nasi putih ketam utk 2 org, nasi putih sotong utk sorang, ikan siakap bakar, jus limau kasturi -2, teh ais-2, carrot susu-2, air kosong-2, mee udang tapau - 3... total semua - RM122.00....  Perrhhh.. puas hati...!!!!

Tuesday, February 23, 2010

JJCM: Restoran Seri Idaman, Teluk Tempoyak, Penang

 
 Restoran Seri Idaman, Teluk Tempoyak sedia menanti pengunjung...

Makan lagii... kali ni kita pi Teluk Tempoyak, Penang.. hhmm.. act ni dh kali ketiga aku ke sini. Seafoodnya mmg fresh giler.. ikan dia hidup2 lagi tgh berenang dlm akuarikum... x susah sebenarnya nak cari restoran ni sbb dari tepi jalan lagi dh ada signboard pintu gerbang besar punya. kat sini jugak ada chalet. So, sesapa yg rasa nak amik angin laut mlm2 boleh la amik chalet kat sini.. x mahal pun. dlm RM85 je utk standard room..

  
 Chalet atas air..

Ok, sebenarnya aku gi Penang ni sbb nak hantar sepupu aku gi dok ngan kakak aku sbb tok laki dia gi outstation. Sampai je tgh hari tu kitorang gi buang duit sikit kat Queensbay... sikit je la, x byk pun sbb kitorang plan nak buang byk skit kat restoran ni.. hahaha.. 

 
 segala mak nenek kerang, sotong, ketam, siput...

Well, mcm besa la, kan.. sampai2 je kat sini pilih2 dulu ikan. kali ni aku tgk ikan yg berenang kat akuarium tu mcm best je.. ada jugak ikan yg dh mati.. saiz semua standard, lebih kurang sama je..bila tanya harga, yg dh mati harga RM 28 sekor sekali masak.. yg idup dlm akuarium tu plak sekor RM32.. huh harga nyawa dia 4 inggit je? xpela, alang2 dh sampai sini, takkan nak berkira sgt 4 inggit tu, kan.. blasah je..

 Ikan siakap tgh berenang girang... hah, girang la ko, kejap lagi jadi lauk aku..

Ok, lepas dh pilih ikan tu,  kitorang amik kerang sekilo ngan sotong sikit, buat goreng tepung.. kerang tu kitorang nak bakar je...selesai pilih ikan, kerang, sotong suma, apa lagi, cari tempat duduk la....

boleh nampak jeti dgn bot2 kecik..

kitorang duduk betul2 kat tepi laut.. bagi yg bawak budak kecit kena jaga2 skit la sbb tembok dia ni rendah.. bagi aku yg duduk jauh dari laut ni, view dia mmg cantik la. tapi bagi org yg dh biasa dgn laut, maybe anggap biasa je.. pastu kita buleh nampak bot2 nelayan balik dari laut ptg2.. ada jeti jugak dekat situ, maybe jeti punggah ikan kot.. 

Rumah Ikan atau sangkar ikan.. x sure sama ada depa bela atau depa tangkap, lepas tu kurung situ..

Selain daripada restoran dgn chalet, bahagian belakang chalet tu ada sangkar ikan.. So, kalau rasa nak beli ikan segar dan hidup, boleh la ke sangkar tu.. kena naik bot kalo nak ke sangkar tu. harganya lupa plak aku nak tanya.. hhm.. tapi rasanya xla mahal.. kalo korang dok kat chalet tu free je kot...eheh..

Ok, panjang punya cerita, ni dia.. first meal dh sampai.. Kerang bakar... oh yeahh... kerang ni suma masih idup masa kitorang amik.. yela, kalo kerang yg mati mesti busuk, kan... idup2 terus letak atas api.. iskk..iskk.. mcm kejam je.. tapi dh mmg itu la cara masaknya.... heeee

pastu sotong goreng tepung plak sampai... hhmm.. rasanya boleh la tahan tapi mmg xleh lawan la dgn sotong goreng tepung di bahtera nelayan punya.. hahaha..  lepas kitorang dh 'selesaikan' saeparuh sotong ngan kerang tu, baru la yg lain2 tu sampai.. -ikan bakar, tomyam, ayam 3 rasa dan kerabu mangga. Pe lagi, blasah la sampai selesai....


Ok, sedikit review, tomyam n sotong goreng tepung - Bahtera Nelayan mmg champion, bukan aku kata kat sini x sedap, tapi lebih sedap yg kat Bahtera Nelayan punya.. Kerabu mangga ok, tapi yg x brapa berkenannya dia ada campur bunga kantan.. So, sesapa yg ada lelah/penat tu better x yah makan la... hmm.. ayam 3 rasa pun sedap. Ikan bakar mmg terbaeekkk... ikan diperap dgn bahan dia pastu dibungkus dlm daun pisang. pastu baru bakar. So, bahagian kulit dia x la hangit mcm kat Bahtera Nelayan tu. siap ada air asam ngan cili kicap.. ngeee.. isi ikannya manis wooo. ikan idup la katakan... hahaha.. ok, selesai semua termasuk satu jag air tembikai, satu jag air kosong, 2 gelas milo ais, 2 gelas carrot susu, 1 gelas air laici, 5 org melantak plus 3 org budak kecit.... total- RM112.00. okla, x la mahal sgt, kan..

p/s: Nasi Ketam Kuala Juru masih dlm perancangan... ngeeeehehehe...

Friday, February 19, 2010

JJCM: Restoran Bahtera Nelayan

Semalam aku gi Jitra, gi Mahsuri, booking tempat bersalin utk bini aku ujung bulan depan. Lepas tu pi umah tok. lepas tu haaa.. ni yg nak citer ni, akibat diracun dgn hebatnya oleh Cikgu Lee dlm facebook, aku gi Restoran Nelayan kat Kuala Kedah...
depa ni mmg pantang diajak makan, mau slalu.. huh..

Punya susah nak jumpa restoran ni.. tempatnya mmg jauh ke dlm kg.. kena masuk mini tar, jalan tepi sungai. dah la malam2.. teraba-raba la rombongan aku ngan bini aku bersama 2 ekor jebon tu.. nasib baik ada Google map. Sebelum tu mmg aku dh print peta lokasi ke restoran tu.. itu pun boleh sesat lagi.. masuk lorong tu x kena, masuk lorong ni tak kena.. last2 berenti semayang ngarib dulu.. lepas semayang baru kitorang masuk semula jalan yg kitorang dh masuk sebelum tu... akhirnya jumpa... hahaha.. itula, len kali nak gi mana2 waktu ngarib, make sure semayang dulu... huhuhuhu.. nasib baik x kena sorok ngan bunian...
Tgkla lorong mini tar ni, mmg gelap dan menakutkan.. huhuhuh..

mula-mula sampai mcm tak percaya ini restoran yang dikata paling sedap kat kuala kedah.. dh la xde org, jauh kedalam pulak.. mmg x ramai pun org yg tau... tapi alang2 dh sampai, hantam sajalah..

 
Medan makan yg dh siap 7-8 tahun dulu, terbiar. Mmg ngabihkan duit rakyat.

Dikatakan bangunan restoran ni dh siap lama dah dan terbiar... akhirnya hasil inisiatif Persatuan Nelayan Kuala Kedah, depa mohon kpd kerajaan negeri utk amik alih bangunan ni utk dibuat restoran. Permohonan dh dibuat 6 tahun dulu, cuma diluluskan oleh kerajaan baru.... apa yg kerajaan sebelum ni buat??? dh la malas citer bab politik..

 
Pilih ikan n sotong...

ok, back to the story, sampai2 je kitorang terus pilih ikan n sotong... pastu cari tempat duduk. Disebabkan xde org sgt, maka x susah nak cari meja yg sesuai.... mula plan nak duduk tepi2 hutan, tapi nampak cam byk natang/nyamuk je... klawar pun byk... lastly dok kat tgh2, bawah kipas.. huhhuhu..
Lengang.. xde org...
 
Cover Buku Menu... 

pastu kitorang order menda2 lain... x lama pun tunggu, sampai la.. yer la kan, dh xde org.. mmg la cepat... huhuhu... tgh2 tunggu, hidungku menangkap satu aroma hangit yg agak mengujakan.. heeee.. rupanya ikan bakar.. ni la rupanya....
 
 nih la lauk pauk yg dibaham kami 4 org semalam...

Act ada satu lagi lauk yg x masuk dlm gambar tu -telur dadar.. aahhh.. x penting pun. takkan korang tak penah tgk telur dadar, kan.. hahahha..hhmm.. sedikit penerangan pasal lauk tu - tomyam mmg sedap, paling sedap antara semua tomyam yg pernah aku makan... kerabu pelam, boleh la... ikan jenahak bakar, hhmm.. ikannya tawar sket, sedap lagi kat sala classic... Sotong goreng tepung mmg maveless... ini baru sotong yer.. bukan cekodok.. hehehe.. sayur campur x sempat rasa.. huhuhhu.. telur semua rasa sama je kat mana2 pun.. heeeee... lain la kalo buat telur burung unta ke, kan...


 Sampai licin kitorang kebas... hahaha..

Pong pang, pong pang, kurang lebih setgh jam melantak, ini la keputusannya... licin semua.. nasi sekali tambah, sotong pun tambah lagi, air x tau brapa gelas tambah.. hahaha...tapi.. aiseymen.. bab ni yg malas nih..

 Bil makan. Total: RM 128.60

4 org je makan ngalahkan 10 org.. huhuhhu.. tapi xpe, janji puas hati...  hahaha.. x tau la bila plak nak mai lagi.. lepas ni ada anak kecik susah la nak makan kat luar.. kena tunggu anak besar sket... sekianlah sahaja promosi free Restoran Bahtera Nelayan... 

Next target: Nasi Ketam Kuala Juru... hahahha... mmg aku gila...!!!!